Sekolah Agama Rakyat tumbuh seiring dengan sikap masyarakat Islam di negeri ini yang semakin ramai terbuka hati mahukan pendidikan Islam diberikan kepada anak-anak mereka namun Jabatan Agama Johor tidak berkemampuan untuk menanggung keseluruhan Sekolah Agama yang ditubuhkan di negeri ini. Menjelang pertengahan 1950an semakin banyak Sekolah Agama baru dibuka di seluruh daerah dalam negeri ini membukti bahawa kerajaan dan masyarakat menyedari betapa pentingnya pendidikan agama Islam di kalangan generasi muda negeri ini. Namun, pertambahan Sekolah Agama ini telah menyebabkan bertambahnya kos bagi pembayaran gaji guru-guru yang mengajar di Sekolah Agama yang baru dibuka itu. Walau bagaimanapun, terdapat sekolah yang telah dibuka sejak tahun 1947 yang penduduk kampungnya bersatu hati membayar gaji guru-guru. Justeru, Penolong-penolong Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama telah melaksanakan langkah yang baik dengan meneliti pembukaan sekolah-sekolah baru serta memberi laporan kepada Jabatan Agama Johor tentang kedudukan sekolah berkenaan terutamanya isu gaji.[40] Isu bayaran gaji sentiasa mendapat perhatian Jabatan Agama Johor dari semasa ke semasa dengan memberi pertimbangan agar semua pihak memperolehi manfaat dari penubuhan Sekolah Agama ini.[41] Malah, menjelang tahun 1960an guru-guru Sekolah Agama Rakyat mula memohon untuk menjadi guru tetap dengan gajinya dibayar oleh kerajaan.[42]
Manakala, pada tahun 1948 Sekolah Arab di negeri Johor telah mendapat perhatian daripada Sultan Johor yang mengarahkan sekolah ini diberi bantuan yang sewajarnya.[43] Malah, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memeriksa kualiti pengajaran dan pembelajaran Sekolah Arab dengan menghantar Pemeriksa Sekolah-sekolah Arab Johor bagi meneliti segala aspek yang penting baik dari sudut pelajarannya, kebersihan, kedatangan murid-murid, dan kualiti guru-guru. Inisiatif ini penting untuk memastikan Sekolah Arab ini menjadi pemangkin dalam usaha memartabatkan keilmuan Islam serta menambah golongan cerdik pandai Islam di negeri Johor.[44] Penubuhan Sekolah Arab diberi kebenaran dan dipantau dengan baik bagi memberi peluang kepada masyarakat Islam negeri ini mempunyai medan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama Islam ke peringkat yang lebih tinggi untuk kerjaya dan kehidupan yang lebih baik. Pada tahun 1963 Jabatan Agama Johor telah mengeluarkan Peraturan Bagi Membuka Sekolah Arab atau Sekolah Agama Rakyat Negeri Johor sebagai panduan kepada individu dan pertubuhan yang ingin membina sekolah-sekolah Arab yang dikuatkuasakan pada 24 September 1963.[45]
undang-undang tubuh kerajaan johor 1895 pdf 13
Penerangan : Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan salah satu teras kepada undang-undang negeri Johor, sekali gus menjadi perlembagaan asas kepada negeri berkenaan. Ia dimasyhurkan pada tahun 1895 dan menjadi perlembagaan bertulis pertama di Tanah Melayu. Mengikut catatan, ia digubal di Istana Besar Johor Bahru pada bulan April 1895 ketika pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar. Selepas lima bulan digubal, barulah ia diwartakan secara rasmi pada September 1895.
Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk menumpukan sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO. Datuk Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn menentang penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. 2ff7e9595c
Comments